Resepi Brownies Kedut Mewah Rasa Coklat

Sunday, August 30, 2020




Sedapnya brownies, lagi-lagi yang rasanya agak chewy dan mewah rasa coklat. Macam-macam resepi brownies yan boleh kita dapat melalui hujung jari sahaja.

Semuanya sedap mengikut citarasa masing-masing. Dalam resepi brownies kedut kali ini, Qir upgradekan bahan-bahan supaya rasanya lebih premium.

Mewah dengan rasa coklat.

Sebelah tu, disirami coklat ganache aduh, sedap yakmat!


Bahan-bahan dan cara penyediaan
Ingredients

A) Bahan untuk dicairkan :
150 g coklat gelap (dark compound)
50 g butter
50 g minyak jagung (corn oil)

Caranya:
Menggunakan kaedah double boiler, cairkan coklat, masukkan butter, kemudian masukkan minyak jagung, kacau sebati dan ketepikan.

B) Bahan untuk diayak :
100 g tepung gandum (wheat flour)
25 g serbuk koko (cocoa powder)

C) Bahan untuk di sebatikan :
150 g gula perang (brown sugar)
2 biji telur (2 eggs, gred A @ B)
1/2 sudu kecil esen vanila (vanilla essence)

Caranya
Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati. Ketepikan.

Cara penyediaan

Masukkan bahan A ke dalam bahan C, kacau sebati. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Kacau manja saja, tak perlu terlalu kuat macam nak pukul telur bagi kembang tu. Hanya kaup balik. Boleh masukkan cocoa nib jika suka.

Sediakan loyang 6 inci, sapukan marjerin, alas dengan kertas minyak dan sapu lagi merjerin, nipis-nipis sudah ya. kemudian tuangkan adunan tadi, ratakan. Taburkan cocoa nib jika suka dan walnut di
Walnut and cocoa nibs.

Panaskan dulu Oven 160c selama 10 minit, kemudian masukkan adunan dalam oven, bakar dengan api atas bawah dengan suhu 160 selama 35 minit. Bila dah siap, buka sedikit pintu oven, jangan keluarkan dulu brownies, biar dia panas dalam tu, untuk masak keseluruhan. Brownies yang  cantik dalam kek tu akan lembab sikit, macam kek bantat tu. Atas berkedut dan garing.

Topping Chocolate Ganache Ingredients

200g chocolate dark compound
200g chocolate milk compound
100 ml fresh milk
50g butter

Caranya

Guna kaedah double boiler atau microwave, cairkan coklat dan masukkan susu, kacau sebati.Untuk kesan berkilat, masukkan butter, kacau rata. Sejukkan sekejap dalam peti sejuk selama 20 minit, keluarkan, sedia untuk dipaipkan atas brownies tadi.

Jika rasa susah nak buat chocolate ganache ni, oleh je gunakan nutella je, paipkan je atas brownies tadi. Selamat mencuba!

Jenama bahan yang diunakan.
#brownieskedut #chocolateganache
Read More

Kuih Lapis atau Steamed Layer Cake

Sunday, May 3, 2020







Bahan-bahan


2 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan air

3/4 cawan gula

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung gandum

2 cawan santan

1 sk garam

1-2 sk pewarna makanan


Caranya

campurkan semua bahan, dan bahagi dua . salah satu bekas masukkan pewarna makanan. dalam satu tray yang telah digris dengan minyak, masukkan 2 senduk bancuhan tanpa warna, dan kukus selama  minit. kemudian tuang pula 2 senduk bancuhan berwarna ke atas adunan tadi selepas  minit, ulang langkah sampai bancuhan habis. lapisan yang terakhir anda kukus lama sikit selama 15 sehingga 20 minit supaya kuih lapis masak sekata. 




Read More

Resepi Kek Coklat Moist atau Moist Chocolate Cake

Monday, April 27, 2020



Selalu kalau ke kedai kek atau kedai runcit, mudah untuk kita dapatkan kek coklat leleh yang dijual dalam bekas kedap udara. Rasanya pula ada yang sedap, kaya dengan coklat. Ada jugak yang so-so je rasanya.

Kali ini, Qir akan kongsikan resepi Kek coklat moist yang sedap lemak berkrim yang sangat kaya dengan coklat dan lembab. Jom kita belajar! Bahan-bahan A 2 biji telur 1 cawan minyak jagung/masak 2 cawan gula perang Bahan B 2 sk soda bikarbonat 1 sk baking powder 1/2 cawan serbuk koko 2 cawan tepung gandum Bahan C 1sk vanilla 1 1/2 cawan susu segar 1/2 cawan air panas Topping 1 1/2 cawan koko powder 1/2 cawan susu pekat 1 sb minyak jagung Topping 2 coklat ganache Sukatan dua jenis coklat 1:1 200g whipping cream 200g coklat bar /coin (milk compound beryl's) 1sk esen vanilla 1sb butter Cara buat kek Pukul telur sampai kembang, masukkan gula, pukul sebati. Masukkan minyak. Ayak bahan B, masukkan sedikit demi sedikit, selang seli dengan bahan C ke dalam bahan A. Gaul sebati. Bakar dengan suhu ovem 170 c selama 1 jam. Cara buat Topping 1 Campur semua bahan, masak atas api kecil. Kemudian sapu atas kek. Cara buat topping 2 coklat ganache Panaskan whipping cream, tuang dalam coklat dan masukkn esen vanilla dan butter. Kacau sebati. Tuang atas kek, tunggu sejuk kemudian bolehlah dinikmati. Selamat mencuba!
Read More

Udang Masak Lemak Cili Api Dengan Kacang Buncis

Anak-anak Qir makan nasi bertambah, habis nasi diratahnya pula udang masak lemak ni, sedap sangat la tu hehe
#UdangMasakLemakCiliPadi
Anda penggemar masakan lemak dan pedas? Apakata anda cuba resepi ringkas dan sedap ni. Kali ni nak share masakan faveret Qir. Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Kacang Buncis. Mudah sangat penyediaan dia Bahan-bahan 10 ekor Udang (buang dulu ekoq dan ujung kepala dia. Kulit jangan buang nanti hilang manis dia😅) Kacang buncis (10 batang)/ 10 french beans Buah tomato sebiji/ 1 tomato Daun kunyit (optional)/tumeric leaves Bahan untuk ditumbuk (chopped roughly) Kunyit hidup seinci (optional) kalau takda masukkan kunyit serbuk je./ 1 cm tumeric or 1tsp tumeric powder 1 batang cili hidup/ 1 red chili 3 batang cili padi (ikut la nak pedas macamna) /3 bird's eye chili 3 ulas bawang putih/ 3 cloves garlic 1 biji bawang besar/ 1 onion 1-2 asam keping/ 1 slice of dried tamarind 100ml santan/100ml coconut milk 1 cawan air/1 cup of water Gula dan garam / salt and sugar - as needed Halia seinci/1 cm ginger 1 batang serai dititik/ stalk lemongrass Cara-cara Panaskan periuk masuk semua bahan yang ditumbuk, masak sehingga naik bau. Masukkan air dan santan, sentiasa kacau. Masukkan serai. Masukkan udang, masukkan asam keping, garam dan gula. Akhir sekali masukkan sayur kacang buncis dan tomato. Jangan lama2 masak sayur, nanti hilang nutrien dia. Ok done.
Read More

Bayam Goreng Celup Tepung Rangup



Bayam merupakan sayuran yang sangat bagus untuk kesihatan. Salah satu manfaat bayam untuk kesehatan yaitu mengurangi risiko penyakit kardiovaskular. Bayam kaya akan serat dan mineral. Serat dan mineral tersebut dapat menurunkan tekanan darah dan mencegah pembentukan plak di pembuluh darah. Tak hanya itu, bayam memiliki kandungan kalium tinggi yang bermanfaat bagi tubuh.

Hari ini Qir akan share resepi Bayam Goreng Celup Tepung, sedap rangup dan menyelerakan.

Bahan-bahan

1 cawan tepung beras
1 sb tepung ubi
2 sb rempah kari
2 sb minyak panas
garam
gula
1 biji telur
serbuk kunyit
air secukupnya.


Cara-caranya

Masukkan semua bahan dalam mangkuk, kacau sebati sehingga dapat kepekatan yang cantik. Tips untuk mengetahui kepekatan yang cantik ialah, apabila anda jatuhkan bancuhan dari sudu, ia akan mengalir tanpa putus. Sama seperti bancuhan tepung pisang goreng.

Tepung beras dan minyak panas berfungsi untuk merangupkan lagi bayam goreng tersebut.

Selamat mencuba!

hasil tanaman dalam pot kecik jer,hehe


Read More

Cara buat Ayam Masak Merah Simple tapi Sedap


Qir makan dengan nasi kari kambing, yummy sedapnya!

Banyak resepi ayam masak merah yang dikongsikan di media sosial. Namun setiap resepi pastilah ada yang berbeza dan mengikut citarasa tuan badan masing-masing. Tidak ada betul atau salah dalam berkreativiti mencipta resepi baru.

Kali ini Qir akan kongsikan resepi Ayam Masak Merah yang sedap dan mudah.

Mula-mula bersihkan satu ekor ayam, potong kecil dan taburkan garam serta kunyit. panaskan minyak, goreng separa masak. Ketepikan.


 Bahan - bahan kisar halus:


2 inci halia

1 biji bawang besar

2 inci lengkuas

5 ulas bawang putih

2 batang serai

10 biji cili kering (lebihkan jika anda suka pedas)

2 sb minyak



 Bahan-bahan menumis



 1 biji bawang merah hiris nipis

3 tangkai daun kari

bahan kisar

sedikit minyak



bila bahan dah naik bau, masukkan



3 sudu besar sos tiram

50ml air asam jawa

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi

garam secukup rasa

gula secukupnya

1 biji bawang, hiris membulat

hiaskan dengan hirisan daun sup




Read More

RESEPI ROTI PUTIH LEMBUT DAN GEBU TANPA TELUR DAN BREAD IMPROVER

Friday, March 27, 2020

 Roti Putih yang lembut tanpa bread improver



Assalamualaikum wrt selamat datng ke channel Shakirah Ab.

Kali ini Qir nak share resepi roti putih yang lembut bersarang tanpa menggunakan telur.

Cara buat roti putih ni mudah je. Cuma jika anda terpaksa menguli manual. Agak lenguh la sikit.

Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
5 sb gula
1 sk garam
4 sb susu teping
1/2 sb baking powder
3 sb butter/margarine /minyak
3 sb pelembut water roux
Peraman yis
1 1/2 cawan air sejuk/air rendaman ais

Bahan-bahan water roux
2 sb tepung gandum
1 cawan air
*masak sehingga likat. Sejukkan dulu

Bahan yis peraman
11g yis
2 sb gula
1/2 cawan air suam
Masukkan semua dalam mangkuk, taj peelu kacau, peram sehingga 10-15 min, sampai kembang naik buih.


Cara membuat
Masukkan 1kg tepung ke dalam magkuk, lubangkan di tengah. Masukkan semua bahan, uli sehingga sebati, lembuy dan elastik.

Bakar dengan kepanasan 150c selama 45 ninit.

Sapu atas roti dengan butter setelah di angkat.

Selamat mencuba!
#ResepiRotiPutih
#WhiteBreadRecipe

Read More

RESEPI DALGONA COFFEE | DALGONA RADIX COFFEE | DALGONA MILO

 Dalgona Coffee, Qir guna nescafe classic

Untuk penyediaan bahan, Qir gunakan 1 nisbah 1

Bahan-bahan

2 sudu besar serbuk nescafe classic
2 sudu besar gula putih (atau 1 sb gula perang dan 1 sb gula putih)
2 sudu besar air panas.
Pukul dengan sudu sampai kembang, atau gunakab mixer selama 2 minit untuk kembang.

Tuang susu dalam gelas berisi ais batu, dan letakkan krim dalgona di atas susu. Sedia untuk diminum!

Seterusnya, Qir akan tunjukkan cara buat dalgona milo.

 Dalgona milo

Bahan-bahan

2 sb serbuk milo
2 sb gula
2 sb air panas
1/4 sb ovelette

Fungsi ovelette untuk bagi kembang bancuhan tadi. Jika tak guna, anda takkan dapat result yang best.

Pukul semua bahan sampai kembang. Bolehlah dinikmati bersama susu.


Untuk dalgona Coffee Radix

Bahan-bahan

2 sb serbuk coffee Radix
2 sb gula
2 sb air panas
1/4 sb ovelette

Pukul hingga kembang semua bahan
Sedia diminum bersama susu.

Antara ketiga-tiga jenis yang Qir cuba, dalgona nescafe agak pahit rasanya.

Dalgona milo dan kopi Radix, memang sedap. Manis berkrim. Tapi tak boleh la minum selalu. Nanti kena potong kaki pulak. Huhu takuttnya.

Read More

RESEPI LAKSA KUAH PEKAT YANG PADU



Qir adalah peminat laksa, tapi bukanlah semua jenis laksa Qir suka. Qir lebih suka mee laksa diperbuat dari tepung beras berbandung tepung gandum yang dikenali sebagai laksa pulas. Kuahnya pula, Qir lebih suka kepekatan seperti kuah laksa Kedah berbanding Perak.

Sembang pasal laksa pon dah macam-macam jenis yang ada kan. Baiklah kepada peminat laksa, Qir kongsikan resepi ringkas laksa sedap di bawah ini.

Bahan bahan:
1  kg ikan kembung
10 keping asam keping
Daun kesum
Garam halus
Sedikit gula
Serbuk perasa, jika suka 
Bahan kisar:
4 biji bawang besar
cili kering - 200 gram

Bahan lain:
2 bungkus laksa beras kering (Qir guna jenama sufi, rendam dengan air panas dulu 30 minit, baru rebus)
Daun selom/daun pucuk salad - hiris
Timun - hiris
Bawang besar - hiris
Cili padi - hiris
Limau kasturi/limau nipis
Telur rebus - belah 2

Cara cara:
Masukkan bahan kisar di dalam periuk dan dimasak lama lama sehingga mendidih dan naik bau. 
Ikan rebus dulu kmudian asing isi n tulang.isi ikan dikisar halus. Tulang ikan dikisar dengan air  dan ditapis. 

Masukkan isi ikan yang dikisar dan juga air rebusan ikan ke dalam periuk didihan cili td dengan air secukupnya. Masukkan asam keping dan daun kesum.

#LaksaPenang #LaksaKuahPekat #LaksaTanpaBelacan
Laksa kuah pekat,Rahsia Laksa Sedap Tanpa Belacan dan Bunga Kantan,Laksa tanpa bunga kantan,Laksa penang,Laksa kedah,Laksa ikan sekoq,Laksa ikan kembung,Laksa sedap,Resepi laksa sedap,Laksa tanpa belacan,Laksa terbaik,Cara buat laksa
Read More

AIR ASAM CICAH DAGING REBUS

Thursday, March 12, 2020


Hai Assalamualaikum wrt, Qir nak kongsikan resepi mudah air asam cicah daging rebus yang sedap.

Bila kita buat carian di internet sebenarnya banyak sangat resepi yang dikongsikan. Kali ini Qir kongsikan resepi air asam sedap versi Qir ya. Jom kita tengok apa je resepinya.

Bahan-bahan

6 Cili padi
1 Cili hidup
1 inci Belacan bakar
1/2 Bawang besar
1 ulas Bawang putih
1sk Garam
2 sb Gula kabung 
1 sb Asam jawa
1 biji tomato kecil
Semua bahan ini ditumbuk

Kemudian masukkan air sup, hirisan bawnag besar dan tomato. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ya mak-mak!

Read More

RESEPI NASI AYAM SEDAP

Monday, March 9, 2020



Masak apa je hari ni kawan2?


Qir kongsikan Resepi Nasi Ayam Mertua Terlajak Sedap. Inshaa Allah bila anda dah cuba nanti pasti tidak akan mengecewakan. Jom kita tengok apa ja resepi nasi ayam ni.

Bahan perapan ayam

10 ulas bawang putih
3 inci halia

(blend dengan sedikit saja air)

Bahan sos

3 cili hidup
6 cili padi
1 ulas bawang putih
1 biji limau nipis (ambil jus)
2 sudu kecil garam
3 sudu besar gula

Blend bahan ini

Bahan tumis untuk nasi dan sup

2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
6 buah pelaga

Tumis sehingga bawang keperangan dan bahagi 2 bahgian

Langkah penyediaan sup ayam

Panaskan ayam sehingga kering airnya, masukkan air dan bahan tumis. Angkat dulu ayam dan bahgian air sup untuk nasi. Kemudian baru masukkan garam dan tambah air untuk sup.

Langkah penyediaan ayam perap

Gaul ayam yg di angkat dari sup tadi dengan bahan bahan blend bawang putih dan halia, masukkan kicap manis dan sos tiram dan masukkan 1 sudu kecil garam.

Gaul rata dan peram dulu.


Langkah penyediaan nasi

Basuh dan tos 2 cawan beras, masukkan air sup ayam dan bahan tumis, masukkan 2 sk garam dan 1 sk kunyit sebagai pewarna.

Ayam goreng

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga perang dan angkat.

Sos kicap

Panaskan bahan lebihan perapan ayam, masukkan air sup dan tambah 1 sudu besar gula.

Selesai, sedia dihidangkan bersama salad kegemaran anda!

Read More

RESEPI PIZZA HOMEMADE MENGGUNAKAN ROTI ARAB

Tuesday, March 3, 2020



Hai Assalamualaikum wrt semua.

Hari ini Qir kongsikan cara buat pizza menggunakan roti arab, kerja jadi lebih mudah dan cepat. Anda juga bole cuba membuat pizza menggunakan roti gardenia.

Resepi Pizza Roti

2 keping roti arab/ 4 keping roti gardenia
2 batang sosej ayam
1 bahgian dada ayam
5 ulas bawang putih
Cili capsicum hijau dan merah
Keju mozzarella
Sos cili
Sos tomato
Serbuk oregano
Bawang besar (dipotong bulat)
Minyak untuk menumis

Cara

Tumia bawang putih, ayam dan sosej sehingga masak.

Sapukan sos tomato dan sos cili di atas permukaan roti.

Tabur bahan yang telah di tumis tadi, tabur bawnag besar, keju mozarella, capsicum dan oregano.

Panaskan di dalam microwave selama 1-2 minit (keju cair) atau boleh juga panaskan di atas kuali tapi pastikan bertutup supaya haba panas dapat mencairkan keju secara sekata.

Sedia untuk di makan!

Read More

MEE GORENG IKAN BILIS YANG MUDAH TAPI SEDAP BERAROMA

Tuesday, February 25, 2020



Memasak di dapur selain kerajinan, mestilah kena ada bahan dulu, tapi tak semestinya cukup bahan A-Z baru kita nak cuba masak. Boleh je gunakan bahan asas yang ada, selebihnya gunakan kreativiti kita supaya rasanya jadi sedap!

Resepi kali ini Qir kongsikan menggunakan bahan-bahan yang ada kat dapur je. Jom kita tengok apa je resepinya.

Bahan-bahan

1 Bawang besar
4 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Numee gardenia (separuh)
Sos tiram
Sos cili
Kicap
2-3 batang Sosej
Sedikit air
Sawi
Telur
3-4 batang cili pada
2-3 helai daun limau purut
1 biji tomato
Minyak untuk tumis

Cara penyediaan

Blend, bawang putih, bawang besar dan ikan bilis. Tumis dalam minyak panas. Dah naik bau, masukkan sosej. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan kicap, masukkan air.
Biar agak mendidih, masukkan sawi, bila sawi agak layu, masukkan cili padi, daun limau purut, buah tomato.

Kemudian masukkan mee, dan akhir sekli masukkan telur, tutup kuali supaya telur lekas masak. Lepas tu gaul rata dan sedia dihidangkan!

#meegoreng
#meegorengikanbilis
#citarasaqir


Read More